15/12/2009
Tengahari yang merungsingkan fikiran...
Aku menyandarkan rusuk belakang ku pada sofa,
mengenang mimpi2 cinta sejak zaman remaja...
Bermula dengan mimpi dihadiri oleh sahabat lama, Wan Syahirah Akmal,
Khairul Atiqah, saudara ku Zahidah dan kemudiannya yang masih dikejar kini, Kahairul Nur Iman.,.
Pagi itu aku didatangi mimpi bpgang tangan dengan Wan Syahirah (Ira),
dan mimpi itu lenyap ditenggelami msalah dunia realiti..
Tengahari yang merungsingkan lagi memanaskan, sambil mengenang...
Iris mata dikaburi oleh kebingungan lalu aku tertidur dan menemui alam mimpi..
Kebiasaannya mimpi sentiasa terpotong jalan ceritanya..
Tapi mimpi ini seperti dalam dunia realit kerana masa berjalan,
mengikut aturan masa yang tepat dan tidak terlebih atau terkurang sesaat..
Aku disambut oleh seorang perempuan..gadis yang x dikenali, mahupun naluri mngatakan
gadis itu merupakan teman ku dan aku perlu membiasakan diri bersama dia dan rakan2 seumur.
Kebetulan situasi dalam mimpi itu menggambarkan usia ku selepas alam persekolahan.
Seperti yang ku idamkan, aku sering mengangankan kehidupan kaya, keluarga bahagia dan manja, pelajaran yang tinggi dan dihadiri teman yang cantik, baik, memahami dan mampu mananggung nafsu ku PADA BILA2 MASA SAJA.Hehe...
Dan ketika itu dia mngejutku dari tidur (masih dlm mimpi), lalu meminta ku memandunya
ke Universiti...
Petang itu aku menemaninya dan rakan2 ke Kelab Renang ditemani kawan2...
Pada masa yang sama aku berterus terang kepada mereka bhwa aku tidak mengenali mereka.
Mereka tidak mepersoalkan tentang persahabatan, mereka cuma berdiam kecuali seorang jejaka tinggi dipercayai merupakan antara rakan2 ku juga..
Dalam realiti, wajahnya mirip seorang rakan setaman, Izwan.
Beliau merajuk lalu meminta diri dari kami semua, mngambil udara segar smabil menenangkan diri.
Aku mula mngenali mereka apabila didatangi ibubapa ku di kolam renang tersebut. mereka memanggil nama2 rakan2 ku, dan aku cuma mengingati beberapa orang dari 5 kawan2 ku..
Faris dan Ridzwan...
Gadis yang dicintaiku sendiri aku tidak mengingati namanya..
Tapi aku tetap memberi layanan yang baik, dan melepaskan nafsu sekadar yang dia memerlukan..
Di sudut penjuru aku terdengar suara ibuku datangnya dari dunia realiti menyeru ku untuk mendirikan solat Zohor namun aku tetap tidak menghiraukan seruannya dan mengharapkan agar aku memang benar2 hidup dalam dunia mimpi ini.
Kelopak mataku terbuka dengan sendirinya lalu aku terjaga dari mimpi yang bernilai itu.
PS: Kalo la dpt smbung balek mimpi uh...Ish!!
DEDICATED TO : Nadia Azli
Tuesday, December 15, 2009
MIMPI (dreams)
Posted by Izzafi A.K.A. Apit-G at 6:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
walaweyy...
siot je cite ko nie..
Post a Comment