BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

KUCING yg merantau dgn mata

Hari terakhir, malam terakhir..tahun 2009.
Papa pulang ke rumah dgn Opel Zafira millenium dan berselisih dgn aq,
ketika melalui lorong ke surau.

Bulan purnama, aq berjalan langkah demi langkah ke surau dan pulang dalam keadaan serba salah.
Sepanjang tahun yg penuh azam ini aq lalui dengan angin2 masa yg disia-siakan..
Kan lebih afdal jika angin berbau, dan berwarna...
Lebih indah jika angin berlagu.

Sebelum azan Isya', kami sekeluarga pergi ke sbuah restoran mamak, dengan Perodua Viva milik Mama..atau Papa..ntah la.
Asalnya berniat nk makan kt Domino's sebelah tu.
Tp x jd la..

Dlm 'mengorder' makanan..
Aq melihat pada sudut meja dan kerusi yang tak tersusun..
seekor kucing jalanan...anak kucing jalanan..
Kudung kaki depan kiri nya..

Wednesday, December 16, 2009

A moment for rap, a love for a song..

First day i swim, thought u never see me,
the last minutes i climb up to see if u reach me,
i saw dices rolling in my mind,
never show 143 in im jus wasting my time..

i wanna live good so i run with rap,
selling small tissues chicks in bag,
3ocents a skinny and i buy a 3310 phone,
blue shaded hood and a new caller ringtone..

last second i heard that the mirror screaming,
i saw myself hit by wolves, help me when im dreaming,
the moon light came and it show up like u,
and how im suppose to live when i want to dream too..





Years after u found me on the pad of the keyboard,
sending messages n love words, unsleepy in throat,
so i end this rap where i supposed to.
propose u today, i dosed u up saying i love u..

Tuesday, December 15, 2009

MIMPI (dreams)

15/12/2009

Tengahari yang merungsingkan fikiran...
Aku menyandarkan rusuk belakang ku pada sofa,
mengenang mimpi2 cinta sejak zaman remaja...

Bermula dengan mimpi dihadiri oleh sahabat lama, Wan Syahirah Akmal,
Khairul Atiqah, saudara ku Zahidah dan kemudiannya yang masih dikejar kini, Kahairul Nur Iman.,.

Pagi itu aku didatangi mimpi bpgang tangan dengan Wan Syahirah (Ira),
dan mimpi itu lenyap ditenggelami msalah dunia realiti..

Tengahari yang merungsingkan lagi memanaskan, sambil mengenang...
Iris mata dikaburi oleh kebingungan lalu aku tertidur dan menemui alam mimpi..

Kebiasaannya mimpi sentiasa terpotong jalan ceritanya..
Tapi mimpi ini seperti dalam dunia realit kerana masa berjalan,
mengikut aturan masa yang tepat dan tidak terlebih atau terkurang sesaat..

Aku disambut oleh seorang perempuan..gadis yang x dikenali, mahupun naluri mngatakan
gadis itu merupakan teman ku dan aku perlu membiasakan diri bersama dia dan rakan2 seumur.

Kebetulan situasi dalam mimpi itu menggambarkan usia ku selepas alam persekolahan.
Seperti yang ku idamkan, aku sering mengangankan kehidupan kaya, keluarga bahagia dan manja, pelajaran yang tinggi dan dihadiri teman yang cantik, baik, memahami dan mampu mananggung nafsu ku PADA BILA2 MASA SAJA.Hehe...

Dan ketika itu dia mngejutku dari tidur (masih dlm mimpi), lalu meminta ku memandunya
ke Universiti...
Petang itu aku menemaninya dan rakan2 ke Kelab Renang ditemani kawan2...
Pada masa yang sama aku berterus terang kepada mereka bhwa aku tidak mengenali mereka.
Mereka tidak mepersoalkan tentang persahabatan, mereka cuma berdiam kecuali seorang jejaka tinggi dipercayai merupakan antara rakan2 ku juga..
Dalam realiti, wajahnya mirip seorang rakan setaman, Izwan.
Beliau merajuk lalu meminta diri dari kami semua, mngambil udara segar smabil menenangkan diri.

Aku mula mngenali mereka apabila didatangi ibubapa ku di kolam renang tersebut. mereka memanggil nama2 rakan2 ku, dan aku cuma mengingati beberapa orang dari 5 kawan2 ku..
Faris dan Ridzwan...
Gadis yang dicintaiku sendiri aku tidak mengingati namanya..
Tapi aku tetap memberi layanan yang baik, dan melepaskan nafsu sekadar yang dia memerlukan..

Di sudut penjuru aku terdengar suara ibuku datangnya dari dunia realiti menyeru ku untuk mendirikan solat Zohor namun aku tetap tidak menghiraukan seruannya dan mengharapkan agar aku memang benar2 hidup dalam dunia mimpi ini.

Kelopak mataku terbuka dengan sendirinya lalu aku terjaga dari mimpi yang bernilai itu.

PS: Kalo la dpt smbung balek mimpi uh...Ish!!

DEDICATED TO : Nadia Azli

Tuesday, December 1, 2009

ANAK JALANAN, BAPA PERANTAU

Aku pernah ke tiga dunia..
Mungin empat dah berlalu.



Aku pernah melalui alam persekolahan,
di mana aku melihat semua rakan-rakan..
Masing2 mempunyai citarasa yang berlainan,
masing2 memilih haluan hidup..
Ada dalam antara mereka yang memilih jalan gelap,
demikian mereka telah berjaya..
Alangkah kasihan mereka kerana tidak peroleh,
buah kejayaan yakni di dunia dan akhirat kelak.
Maka mereka berusaha, untuk kebaikan dunia.

Aku juga pernah meredah dan mendaki bukit perjuangan,
dalam Maktab Tentera diRaja, aku merupakan seorang yang kerdil.
Di sini, masing2 melihat dan menilai diri sebenar.
Yang berani di dunia luar, ialah yang pengecut dalam peperangan.
Aku menilai diri ku sebagai pembangun dan pengasas empayar komuniti,
di dunia luar yang selalu...
Namun aku kalah dalam persaingan dengan anak2 senapang,
dalam alam pelatihan pemimpin dan tentera ini.



Alam ketiga yang dilalui disediakan dengan pelbagai cabang.
Yang pada mulanya disediakan oleh ibubapa ku sendiri.
Seni pertahan diri, kelas Arithmatik dan 'motivasi pagi'
beliau setiap kali berada dalam perjalanan ke suatu tempat.
Yang dianugerahkanNya, merupakan seorang sahabat baru, yang merupakan
jiran depan rumah dan rakan perjuangan dakwah ku.
Aku seorang hamba yang digeruni oleh pilihan.
Pernah juga aku memilih untuk menjadi pahlawan seni,
tapi beliau menekankan akademik..yang dibenci sejak umur 8 tahun.
Dan tidak sama sekali aku membenci ilmu persekolahan,
pada umur 7 tahun.
Dan bila aku memilih untuk berusaha dalam ketenteraan,
pada perspektif aku melihat beliau senyum,
persepsi ku..dia bangga dengan kejayaan ku.
Lalu dilontarkan tekanan beliau kepada ku untuk menjurusi bidang ilmiah keagamaan,
dan aku terima walaupun terpaksa kerana bidang ini satu kewajipan.



Dan sampai bila lagi aku didatangi dengan pilihan,
sebelum masa menjadi singkat,
hampir lanjut dewasa, aku memberitakan...

bahawa aku ingin menjadi manusia yang berjaya disisiNya,
bukan di sisi khalayak ramai atau kedua-duanya.
Abah, Ibu, Mama, Papa..
Aku tidak sanggup menerima pilihan mu sejak 9 tahun yang lalu.
Aku ingin berdikari denganmu, tanpa perkataan dan keputusan mu.

Sesungguhnya, ternyata dua pendapat:

-Ibubapa menilai dan membuat keputusan untuk anak

atau

-Ibubapa menasihati anak tentang pilihan yang diambil anak


Aku memilih yang kedua, dan muktamad sehingga darah ku tidak mengalir.


Tulus Ikhlas,
kepada anda...

Daripada "Anak Bentan"

SUSAH

[Introduksi puisi]
Pagi subuh muncul, lalu ku bangun,
dari kecil ku kerjakan alunkan pantun,
mak ayah ajar nak sopan santun,
susah...
susah nak bangun.




bila kata kecil kecil cili padi,
dah besar tak ada makna nama menyepi,
harapkan waktu kecil dah besar menanti,
sujud seribu malam anak tetap tak nak mati...

lontar-lontarkan pendapat,
kias sana kemari mulut pedas yang mendapat,
kalah Tamingsari hunuskan anak jebat,
dan anak muda berdikari, usah biar jadi jahat.

anak dah mula tahu propaganda,
kicap mata kanan mata kiri celik anak dara,
silap sampai pesanan, nah ambil anak derhaka,
yang diajar tentang adab bukan ilmiah anak merana.