Sahabat ku bertanyakan apakah sebenarnya di hadapan ku..
Aku menjawab, manusia yang sedang berjalan...
Dia menjawab, tidak.
Aku menjawab, sebuah bangunan arah tuju kita.
Dia menjawab, tidak.
Lalu aku bertanyakan, jawapan dia.
Dia berkata, bahawa di hadapan ku merupakan masa.
Lebih cepat kita mngejar, lebih untung kehiduan.
Lalu aku berlari, dia ketawa akan perlakuan ku..
Ada ketika aku bersendirian,
di dalam surau membaca alQuran yang mulia.
Helaian demi helaian, aku memahami...
Tafsirannya, amat berdosalah sesiapa yang melarikan diri dari medan...
yakni medan peperangan.
Aku pernah melaluinya, tapi peperangan sesama saudara,
lalu aku gembira kerana aku telah mengelakkan peperangan saudara Islam.
Aku terus berlari dalam situasi yang sama.
Dan kini aku hampir kehilangan persahabatan di hujung jambatan yang hampir roboh.
Aku sempat berlari ke penghujungnya.
Dan aku pernah hampir kehilangan keluarga pada segunung puncak,
lalu aku melakukan lompatan luar biasa bagi mencapai puncak.
Mungkinkah kali ini aku akan sentiasa berlari...
3 tahun menunggu kesetiaan dan kehadiran bidadari cinta ku,
lalu ia hapus bagaikan depu psair ditiup siulan sendiri.
Pernah juga aku mengulangi masa tapi masa tetap berlari..
Sekian sehingga hari ini, aku berundur dari berlari lagi.
Cukuplah sekadar sandaran Islami.
Monday, November 16, 2009
LARI
Posted by Izzafi A.K.A. Apit-G at 8:29 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment