Aku yang pertama lahirnya pada awal Subuh.
Yang ketika kecil telah ditelani kenangan pahit lagi mengerikan.
Hayunan tangan Papa yang auranya dapat dirasa dari mata sendiri,
dan fikiran ku yang belum capai kematangan lagi terpaksa menerima hakikat akan kecederaan dan jahitan pada dafu dan kemudian atas kepala enam tahun kemudian.
Inilah nostalgia pembesaran hidupku, sebagai anak jalanan yang mempunyai banyak cita-cita dan satu impian.
Aku yang pertama merupakan yang bijaksana dalam keluarga, yang lebih unik dan mendalami IQ yang tinggi. Tetapi segan akan kata-kata orang sekitar dan tidak mudah memahami bahasa orang-orang jahil.
Aku dalam dimensi kedua merupakan permulaan hidup alterego, yang keliru dan kehilangan segala kebolehan dan ketika ini aku dihadiri dengan satu kelebihan yang baru ditemui. Dendam yang semakin meningkat. Tidak lagi mempercayai wajah sahabat dan tidak memahami kehendak keluarga. Cuma menghayati pembaziran masa dalam kalangan manusia sekitar dan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.
Sangat menjijikkan apabila melakukan dosa yang memang kelihatan biasa kepada anak muda zaman sekarang tapi tidak kepada anak muda yang suci bakanya dan di sinilah berhentinya baka yang suci, di sinilah mulanya kekejian.
Aku dalam dimensi kedua hanya mengenali kehendak manusia dan takut akan tangisan bayi ketika peperangan dan memusuhi pergaduhan sedangkan hati tidak sabar mengejar pertarungan walaupun diri selalu menjadi pengecut dalam pertempuran.
Aku yang hidup dalam dimensi kedua hanya hidup untuk MENGEJAR CINTA dan menilai serta mengutuk diri apabila teringat akan nama Tuhan Yang Maha Esa. Cinta itu hanya disimbolkan sebagai Schizo dan diselimut oleh bintang Scorpio.
Dimensi ketiga adalah permulaan zaman kegemilangan, insyaAllah yang baru lahir...tahun ini.
Yang tidak mempunyai azam, cuma meninggalakan segala cinta dunia dan mengejar cinta abadi, yakni Allah. Aku dalam dimensi terakhir merupakan revolusi tersuci, dan diharap tidak alpa akan tujuan hidup.
Perasaan cinta yang tetap hilang begitu dan nama Scorpio tidak lagi dikenali berbanding seribu hari tangisan terhadap Iman dalam dimensi kedua.
Saturday, November 28, 2009
AKU 3 DIMENSI
Posted by Izzafi A.K.A. Apit-G at 7:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kisah hidup diri sendiri?
Post a Comment